bukan aku mahu

kehilangan orang yang amat aku sayang dalam hidup ini mengajar aku erti menghargai seseorang dengan lebih lagi.ini kisah aku dan adik aku bagi sesiapa saja yang baca kisah aku ini pasti amat pelik sekali betul tak? ada juga yang bertanya kenapa aku memilih kerjaya ini walaupun aku tak minat dan suka tapi demi adik yang amat aku sayang aku tekad untuk memilih jalan ini.menjadi seorang penyanyi bukan lah pilihan aku kerana bagi aku sama sekali tidak berbakat sama sekali bahkan tidak pernah bermimpi pun untuk menjadi penyanyi dan berdiri atas pentas yang menjadi tumpuan semua orang yang memandang diri ini sebagai idola.tanpa aku sedar hari demi hari silih berganti tanpa henti aku berlatih dan terus berlatih tanpa rasa jemu.impian cuma satu demi adik aku yang telah pergi dahulu dan tak kembali lagi kira kira 3 tahun yang lepas masih tersemat dalam ingatan ini masih dapat rasa lagi kesedihan hati ini.pada hari itu seolah olah adik aku sudah tahu dia akan pergi selamanya senyuman dia masih segar dalam ingatanku.

kalau aku tak ajak adik aku pada hari itu untuk keluar menemani aku bersiar siar pasti dia akan ada disisi aku ketika ini.memang salah aku orang yang bersalah sebab aku dia pergi menghadap sang percipta dengan usia yang sangat muda itu.aku tidak sempat menarik tangan dia menyebabkan dia jatuh.ramai yang anggap yang mati tu adalah aku dan bukan adik aku kerana kami kembar memang sangat susah membezakan kami.aku hanya mendiamkan diri dan waktu semakin hari semakin berjalan.memang pada mulanya aku taknak jadi penyanyi tapi rasa sebesalah aku pada adik aku yang menyebabkan aku memilih kerjaya ini aku percaya adik aku dah memaafkan aku tapi hati ini masih rasa amat besalah.

aku bahkan tidak pernah percaya adik aku sudah tiada lagi aku masih tidak boleh terima walaupun sudah bertahun lamanya.hati aku kuat mengatakan adik aku masih hidup.kalau betul dia dimana sekarang dia buat apa duduk dengan siapa tapi setengah lagi hati aku mengatakan adik aku sudah tiada aku bahkan tidak tahu untuk mempercayainya atau pun tidak.bunyi panggilan itu membuatkan aku tersedar akan kehidupan nyata disekelilingku tiap hari aku amat sibuk dengan kejayaku yang tidak pernah ada penghujungnya.ada saja cerita yang tidak senang apabila aku membacanya.bahkan dunia ini bukan aku yang punya seorang ada saja lensa kamera di mana mana untuk perhatikan tindakkanku.mahu saja hati ini menjerit tapi ini lah dunia yang aku pilih aku harus terima walaupun pada awal kerjayaku aku dimasukkan ke hospital akibat tekanan yang aku hadapi.namaku kini berada di puncak bagaikan tidak pernah percaya akhirnya aku sudah beberapa kali menang anugerah yang sudah lama setiap penyanyi kumpulan impikan.masih teringat akan aku yang dahulu tomboy tidak suka fesyen tidak suka makeup tetapi sekarang berubah sama sekali aku amat meminati fesyen dan sekarang aku mempunyai cita rasa pada fesyen amat tinggi sekali.semuanya berlaku kerana adik aku.

adik jeritanku amat kuat sekali tersedar dari mimpi yang menakutkan itu.hampir setiap hari mimpi yang seolah olah adik aku mahu memberitahu aku sesuatu tetapi aku tidak tahu apakah itu mimpi atau apa.jika itu sekadar mainan tidur jauhkan lah dari aku.jika itu nyata bererti adik aku masih bernyawa,jika betul dia berada dimana.

Comments

Popular Posts