Sekali Lagi

Apa perasaan aku ketika ini adalah perasaan sebenar atau cuma untuk mengisi kekosongan dihati sahaja soalan ni aku tertanya apa yang aku nak.aku nak disayangi dan dicintai tapi kalau gagal lagi aku dah tiada kekuatan lagi untuk dikecewakan lagi.aku mencintai diri aku sendiri tapi aku rasa aku tak layak dicintai.

Hati aku dah mula tertanya tanya mengenai dia tapi aku tak nak memulakan apa apa tapi aku bagi dia ruang untuk dia berfikir dan aku pun rasa aku yang patut fikir lebih betul ke keputusan aku bagi dia peluang dalam masa yang sama aku pun tak yakin tapi aku cuba perkataan cuba itu dah boleh memberi aku satu kunci untuk kenal orang lain.

Kalau masih sama aku pun tak marah sebab semua talking stage aku tak pernah berjaya hahaha aku dah siap kan hati aku dah awal awal bagi aku bagi peluang boleh tapi aku patut tahu berapa percent aku nak bagi pada diri aku jugak aku takut hilang arah macam 6 tahun lepas aku mungkin akan dibodohkan juga nanti sebelum itu terjadi aku dah bersedia hati aku jangan letak harapan lebih.

Bagi aku 6 tahun lepas tu dah cukup sakit aku sayang orang yang tak sayang aku apa salah aku mungkin aku yakin walaupun hubungan aku tak lama tapi aku mengambil masa 6 tahun untuk kendalikan semula diri aku untuk jadi kuat macam sekarang.bagi aku itu semua masa lalu aku dan untuk sekarang aku bagi peluang untuk dia kenali aku juga jadi atau tak itu cerita kemudian.

Aku tahu dia pun masih ada hati lagi kat ex dia okay aku okay aku pun nak kenal dia macam kawan untuk sekarang ni aku harap peluang aku bagi tak sia sia.mungkin 50% berjaya apapun aku dah siapkan hati aku.

Aku sangat keras hati ya sebab itu aku sangat memilih sesiapa yang nak masuk dalam kehidupan aku bukan senang senang aku perlu tapis dahulu sebab circle banyak pun tak membantu pun ada jugak tak boleh pakai so hati kenalah pandai kawal.

Comments

Popular Posts