Kisah Jampi Songsang Bahagian 1

Mata pena aku berhenti menulis, dan melihat ke arah jam yang bergantung pada dinding.
"Alamak, 5 minute lagi!". Aku tidak tahu yang akan aku sempat untuk menghabiskan karangan aku dalam peperiksaan akhir tahun ni. Aku cuba menulis selaju yang mungkin, berlumba dengan setiap saat yang semakin menghabis. Seandainya aku seorang pelumba, nescaya kalah Alonso F1. Tetapi pada saat inilah pen aku buat hal. Dakwatnya dah habis. "P*****!!" Aku mencarut melepaskan rasa tidak puas hati! Tetapi saat selepas itu yang paling aku malu. Semua murid menoleh ke arah ku termasuk cikgu yang jaga di hadapan.

"Eh, Ko ingat ni sarang samseng ke?" Cikgu Mamat menegor dengan suara yang keras. Aku terdiam seribu bahasa, menundukkan kepala. Kenapalah mulut aku buat hal pulak... "Eh, Cikgu tengah cakap dengan kamu ni Zikri!" Cikgu Mamat terus menarik perhatian aku kepada kesalahan ku. Aku pun mula berasa malu. Terutamanya kepada Airin yang aku menaruh hati. Sempat juga aku jengok-jengok Si Airin tu, tapi Airin macam terlalu fokus dengan peperiksaan dia. Aku hembus nafas lega. Mungkin dia tak dengar apa aku cakap tu.
"Eh, sempat pulak dia jengok Airin." Kata-kata Cikgu Mamat yang seterusnya itu tajam menuju kepada hati ku. Lantas Airin menoleh ke arah cikgu Mamat dan kemudian melihat aku.
"Habis lah aku...." itu yang aku boleh fikir sekarang. Rakan-rakan sekelas ku semua ketawa dan aku dah risau yang semua orang akan tahu aku suka Airin. Aku pun tak tahu macam mana nak berdepan dengan soalan dan macam macam sindiran daripada kawan-kawan. Aku mula berfikir apa yang aku perlu jawab kalau kawan-kawan bertanya kepada ku. "Dah dah, semua fokus, kamu ada lagi 4 minit untuk jawab. Jangan suka sangat." Cikgu Mamat mengembalikan perhatian semua kepada peperiksaan.  Tetapi minda ku sudah jauh memikirkan jawapan untuk soalan rakan-rakan, dan juga apa yang Airin akan kata atau fikir pasal aku. 

Bukan main lama kuat aku berfikir sampaikan aku tidak sedar yang aku belum menyerahkan jawapan peperiksaan yang tak siap tu kepada cikgu. Lantas aku pun berdiri dan melihat semua orang tidak bergerak. Termasuk jam di dinding dan cikgu Mamat. Aku tak pasti apa yang berlaku.

"Oii," suara dari belakang memangil ku. Aku menoleh dan melihat seorang yang menyerupai ku muncul.
"Aku ni kau. kau menyesal tak sebut perkataan carut tadi tu?" Aku masih "blur blur"
"Ye, aku menyesal, tapi apa kau boleh buat?" aku menjawab.
"Ok, kalau kau nak, kau ikut jampi aku ni, dan kau boleh patah balik ke masa lampau" itu yang diperkatakan oleh orang yang menyerupai aku itu.
"Ok," kata aku dengan nada syak wasangka. Siapa nak percaya benda yang dongeng ni.
"Kau sebut ni, Kumah ukem ba likan mas aska rang". Entah mengapa, aku pun ikut kata kata dia. dan sebelum aku sedar apa apa, masa telah dipatah balik ke masa lampau, iaitu saat sebelum dakwat aku habis dan sebelum aku mencarut. Aku fikir ini adalah perkara yang bagus sebab aku boleh mengawal masa, tetapi aku silap. Aku harap aku tidak pernah menyebut jampi serapah itu...

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts