Kisah Jampi Songsang Bahagian 2

"Aku dapat memanipulasikan masa!" Aku seakan akan tidak percaya bahawa jampi yang diberikan oleh aku itu bergitu ajaib sekali. Walaupun aku masi tidak pasti siapa yang berikan jampi itu yang aku tahu, aku boleh menjadi 'super Hero' yang boleh menyelamatkan dunia.

Suatu petang, Mak Ja datang ke rumah aku dengan tergesa-gesa. "Mana Mak kau?" Mak Ja bertanya.
"Mak kat dalam. Jemputlah masuk dulu Mak Cik" Aku membukakan pintu. Kemudian Mak Ja pun terus bergegas ke dapur, seakan akan dia tahu sahaja yang mak sedang memasak. Aku pun buat kerja rumah aku seperti biasalah, tapi aku terkejut beruk apabila aku terdengar mak menjerit Apa!! Jadi aku pun mengintailah di pintu. "Ya lah, habis semua duit yang dia keluarkan tu, tak habis dengan tu, Dolah tu kena hentak kat kepala lagi. sekarang dia masih di ICU." Tak silap aku yang tu lah yang aku dengar dari mulut Mak Ja. "Bila tu?" Mak bertanya. Tepat-tepat timing mak sebab aku pun nak tau juga. "2 hari lepas tu. Kat Bank Simpanan Nasional kat Mamak Pak Din tu lah."

Aku pun apa lagi, kembalikan masa ke 2 hari yang lalu dan pergi ke tempat kejadian. Benar apa yang dikatakan, Pak Dolah sedang memasuki bank. Aku pun fikir bagai mana aku boleh tolong pak dolah. dan aku fikir mungkin aku boleh menemankan Pak Dolah balik rumah. Tapi hati aku takut juga. Siapa tahu kalau aku pun tercedera sekali sebab aku bayangkan perompak tu ganas orangnya. Aku tak fikir panjang, sebab nak jadi Hero punya pasal, aku beranikan diri.

"Pak Dolah!" aku memangil. "Oh Zikri, apa khabar?" Seperti biasa Pak Dolah menyahut aku dengan senyuman manis. Pak Dolah merupakan seorang guru besar yang sudah bersara. Tingal seorang diri semenjak 3 tahun lalu selepas kesemua ahli keluarganya terkorban dalam satu kemalangan. Orangnya baik dan sering memberi kelas tambahan percuma kepada orang kampung yang tidak berkemampuan. "Boleh saya temankan Pak Dolah balik rumah? Sebab saya pun akan berlalu kat kedai runcit Samy tu, nak beli bawang untuk mak." Aku sengaja menambahkan alasan aku sebab Pak Dolah mesti akan menolak kalau aku tidak berkata begitu.

"Oh begitu, haha. ok lah kalau gitu, Pak Dolah pun boleh bersembang dengan kamu" dia tersenyum.

Setelah mengeluarkan duit, aku pun temankan Pak Dolah untuk pulang ke rumah. Aku sentiasa bersedia, takut-takut yang si perompak tu datang mengamcam. "Zikri belajar macam mana di sekolah?" Pak Dolah membuka topik untuk berkata-kata. "Oh setakat ni boleh je," Aku menjawab sambil mata ku melihat dengan liar, mencari perompak yang disebutkan itu. "Zikri cari apa tu?" pergerakan ku disedari oleh Pak Dolah. Pada saat itulah seorang perompak bersenjata membawa pisau menerkam dari belakang. Mata pisaunya terus menikam ke arah Pak Dolah. Aku tiba-tiba beku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Comments

Popular Posts