Anak Hantu


"Rugi lagi ke bro?" Roi menyampuk.
"Biasala bro, model baru HuaWei yang aku tempah tu tak de orang nak beli la bro. Pasal Amerika dengan China gaduh la." Aku mengeluh. Kadang kala tak pasti sama ada aku sebenarnya sesuai untuk menjadi perniaga atau tidak.
"Tu lah, aku dah cakap. perkara ni akan berlaku. Kau tak dengar. Tengok berita pun dah tau, Presiden Trump tu kepala angin sikit." Roi menyambuntg. Sebenarnya benar nasihat Roi tu, cuma aku nak try juga buat keputusan sendiri dan bukan selalu bergantung kepada Roi.
"Ok bro, sekarang ni, apa yang kau kena buat adalah buat marketing gunakan flyers yang boleh dikoyak jadi kupun. lepas tu kau berikan kepada semua orang. Aku percaya cara ni akan buat orang beli Huawei phone kau tu. Kupun tu kau tak perlu tulis banyak, offer 5% untuk membeli Huawei phone yang kau tempah tu pun dah cukup, dan mereka mesti datang. Aku akan bantu kau design flyer dengan kupun tu k?" Seperti biasa Roi memberikan cadangan yang nampak seakan akan biasa tetapi berbisa.

Seminggu kemudian, flyer aku pun dihantar keluar kepada  orang ramai. aku pun letakannya di FB untuk meluaskan pasaran. Dan seperti yang dijangkakan, dalam 10,000 helai flyers yang aku hantar keluar, lebih kurang 50% kupun kembali kepada aku. RIngkasnya, dalam 2 orang yang menerima flyer aku, seorang pasti akan membeli daripada aku. Siapa yang tak gembira dapat untung. Aku pun nak kongsikan cerita ni kepada Roi.

Aku pulang ke rumah, dan seperti biasa rumah tu gelap je. Roi selalu kunci dalam bilik, ruang tamu pula jarang orang guna. seakan akan store kami untuk menyimpan stock kedai kami.
"Roi, nak gi makan tak? aku nak belanja ni. Idea kau jalan la bro, aku dah untung balik" aku menjerit dari luar pintu bilik dia. Tetapi Roi tidak menjawap. Aku juga hairan kerana Roi selalu balik lebih awal daripada aku, dan Roi pun tak suka jalan luar. Selalu kalau nak beli barang pun Roi akan kirim daripada aku.
"Oi bro, dah tidur ke?" Aku ingin mendapatkan kepastian. Tetapi apa yang menjawab soalan aku itu sangat mengerunkan.
"Dah untung. Dah untung " suara yang halus seperti kanak kanak jelas keluar dari sebalik pintu bilik Roi.  nadanya seakan memuja muja keuntungan. Aku terpaku atas apa yang baru sahaja aku dengar.
"Suka untung. Suka untung. Nak kepala ayam yang berdarah hari ni. Darah sedap darah sedap" suara itu terus berkata-kata dengan galaknya. Aku dah mula seram dan cuak. Jantungku berdentum kencang, cuba menafikan realiti yang sedang aku berhadapan. Tanpa berfikir panjang, aku berlari keluar dari rumah dan pergi ke makmak yang berdekatan untuk menenangkn fikiran aku.

Setelah aku tiba di makmak, aku terserempak dengan Roi.
"Oi bro, macam mana dengan" Belum sempat Roi menghabiskan ayat dia, aku menyempuk.
"Roi, rumah kita ada hantu." Roi terdiam seketika dan menjemput aku duduk.
"Biar betul kau Jef. Kau jangan takutkan aku bro." Roi menyambung.
"Betul bro, dan hantu tu huntu budak, suara dia keluar dari bilik kau bro." Riak wajah Roi juga berubah setelah mendengarkan kata-kata aku.
"Biar betul kau. kau pasti bukan budak susu sebelah rumah kita tu?"
"Bukan budak susu, aku yakin, sebab budak tu mana tau cakap. Yang aku dengar tu boleh cakap". aku mengulangi semua yang telah aku alami kepada Roi dan Roi pun cuak seperti aku.
"Bro, aku tak berani la balik bilik aku tu. Malam ni kita gi tumpang rumah Kim la, rumah Kim kat situ je." Roi bercadang.
"Tapi Kim kan ada keluarga." Aku cuba tidak mahu mengganggu.
"Habis tu kau nak balik sana ke?". Dengan pilihan yang terhad, aku pun membuat pangilan kepada Hakim yang tinggal di seberang jalan.
Mujurlah Kim setuju. kalau tidak, aku pun tak tahu apa yang berlaku.
"Roi, aku rasa esok kita panggil ustaz hamid nak tak? mintak dia tengok tengok tempat kita tu" Aku bercadang tetapi Roi seakan akan tidak memberikan respond kepada pertanyaan ku. Wajahnya kelihatan risau dan tidak senang. Aku seakan akan tidak biasa dengan Roi yang sedang berada di hadapan aku ini. Tangannya berketar dan mukanya pucat. Seakan-akan mengimbas kembali sesuatu yang sangat menakutkan dalam hidupnya.

Sudah 3 bulan aku tingal serumah dengan Roi. Sebagai pemuda kampung yang bercita cita tinggi, aku pindah ke KL mencari rezeki. aku ada sebuah kedai telefon pintar dan Roi pula memang Otai di KL. Dia seorang yang peramah, dan baik hati, sering memberi nasihat kepada aku tentang hidup dan perniagaan.  Tak banyak yang aku tahu pasal Roi selain daripada kedai main kanak-kanak yang dia miliki. Aku banyak kali ingin mengenali Roi dengan lebih dekat lagi tetapi Roi sering engan bercerita. Seakan-akan sengaja mengelak daripada pertanyaan aku. Aku tak paksa, cuma semakin lama aku berkawan dengan dia, semakin aku rasa ingin tahu tentang dirinya dan sumber kepintarannya dalam kehidupan dan perniagaan.

"Roi, kau ok tak?" aku cuba memanggil Roi yang seakan akan hilang dalam fikirannya itu.
"Roi." Roi sentap dan menjawab setelah aku memanggil dia berkali kali.
"Kau ok tak?" aku bertanya kepada Roi.
"Sorry bro, aku teringat sesuatu tadi haha. hilang perhatian kejap."
"Aku faham Roi. Tak pa lah, kita gi rumah Kim dulu ok." Aku bercadang.
"Ok" Kami segera pergi ke rumah kim untuk menumpang. Seperti biasa, Kim juga seorang yang peramah. Menjemput kami untuk tidur di rumahnya.
"Bro sorry ye, rumah aku kecil dan ko orang tidur ruang tamu boleh?" Kim mempunayi seorang isteri yang cantik dan seorang anak yang berumur 4 tahun. Rumahnya pula kecil je. bilik pun ada 2.
"Kalau korang tak tiduar ruang tamu aku masih ada store room, lipas dan cicak jadi teman hahaha" Tambah hakim melihat kami yang belum membalas tawarannya.
l"Kami ok kat ruang tamu hahaha." aku dan Roi menjawab.

Tanpa bercakap panjang, Aku pun berehat dan kembali kongsikan kejayaan aku dengan Roi dan Hakim tentang cadangan flyer yang Roi berikan kepada aku. Kami bersembang sehingga lewat malam dan kemudian, kami pun tidur.

"Darah kepala ayamp" suara itu membangunkan diri aku. Mata aku liar memandang ke sekeliling tetapi tiada orang yang dapat ku lihat melainkan Roi yang masih terlena. Setelah puas melihat dan mencari sumber suara tersebut dengan tiada kejayaan, aku kembali memejamkan mata.
"Untung Untung" Kali ini suara itu lebih kuat dan jelas. Aku terus terduduk dan mula berasa takut. Aku yakin suara yang sama juga aku dengar dari bilik Roi. Aku memandang ke sekeliling tetapi tiada apa apa yang jangal berlaku. Ini menambahkan ketakutan aku. aku pergi berhampiran dengan Roi dan cuba mengejut dia untuk bangun. Ada teman mungkin kurang takutlah katakan. tetapi aku menjadi lebih cuak apabila melihat Roi yang aku lihat tadi sudah tiada. Suara itu menjadi lebih kuat dan kali ini, ia bertukar menjadi tawa yang sangat mengerunkan. Suara itu semakin lama semakin ghairah dan semakin hampir dengan rumah Hakim.

"Hakim!!!" aku menjerit tetapi tiada suara yang menyahut.
"Oii Kim, emergency ni!" Aku mengetuk ngetuk pintu bilik Hakim.
"Pasal Jeff?" Hakim punsedar dan menjawab dari bilik.
"Kim, hantu Kim." suaraku berketar. Mujurlah Hakim menjawab. kalau tidak aku pun tak pasti apa yang akan berlaku.
"Hakim pun membuka pintu dan menoleh ke sekeliling.
"Tak ada apa pun bro, kau gila apa bro." Hakim seakan akan tidak beberapa happy setelah aku mengejutkan dia daripada lanyanya.
"Aku ada dengar suara budak tadi dan kau tengok Roi tak ada di sini bro" Aku menambahkan kerisauan ku.
"Budak tu mungkin anak aku la, Roi mungkin kat Toylet tu." Hakim cuba meyakinkan aku tetapi aku masih rasa ragu ragu.
Lantas aku pun pergi ke tandas mencari dan melihat Roi benar benar ada di sana. Cuma Roi menjadi sangat takut dan mukanya pucat.
"Kim aku dah kata dah, Roi pun mesti dengar benda yang sama, kalau tak, kenapa dia pun pucat" Aku cuba pertahankan apa yang baru sahaja aku dengar tadi.
"Sorry Kim, aku tau kau ustaz. boleh tak kau tolong aku?" Roi tiba tiba menyampuk. suaranya berketar dan jelas sekali dia sedang berada dalam keadaan yang kurang baik.
"Kenapa ni Roi?" Kim bertanya.
"Sebenarnya hantu tu hantu anak yang aku bela. Sekarang ni dia kat bilik anak kau. Nak hisap darah anak kau. Sorry bro, aku tak tau macam mana nak bagi Hantu ni makan lagi, kalau tak, dia akan makan badan aku. Aku tau anak kau tu penting, tapi kau Ustaz kan, kau mesti dapat tolong aku kan" Roi mula menangis sambil bertutur. Aku dan Kim hilang akal buat seketika. Lantas, Hakim terus memecut ke bilik anaknya dan melihat seorang kanak-kanak sedang mencium anak Hakim yang berumur 4 tahun itu. Hantu anak itu melihat ke arah Hakim dan tiba tiba mengamuk dan memasuki badan anaknya itu.
"Hai ustaz, kalau kamu berani menghapuskan aku, aku akan hapuskan anak kau" suara yang seakan akan budak itu tiba tiba bertukar garau.
Dengan tenang, Hakim menutup mata dan mulutnya mula membacakan berapa ayat. Hantu itu menjerit dan meloncat. Matanya sunguh tajam dan menjerit seakan akan orang gila yang hilang akalnya. Pada saat ini Aisyah, isteri Hakim pun bangun dan keluar dari biliknya. Melihatkan keadaan yang berlaku, Aisyah terkejut. "Apa yang berlaku ni Jef?. Soal Aisyah tidak mahu mengangu Hakim yang sedang melangsungkan kerjanya. AKu terdiam seribu bahasa, tidak tahu apa yang perlu disebutkan. Roi pula masih dalam ketakutan. Barangkali berasa insaf dengan apa yang telah dia lakukan.

Tidak lama, anak hantu itu pun melompat keluar dari tubuh badan anak kecil hakim dan terbang ke arah Roi.
"Aku akan mati bersama kau Roi... Kau yang Bela aku. Aku nak mati bersama kau." kkepala hantu itu terbang ke arah Roi dan cuba untuk merasuh Roi. Tetapi Hakim membaca ayat ayat suci dengan lebih kuat dan akhirnya berjaya menghapuskannya.

Hakim dan Aisyah terus bergegas ke arah cahaya mata mereka dan memeriksa anak mereka itu. Mujurlah tiada apa yang teruk berlaku. Roi pula berasa serba salah tentang apa yang berlaku.

"Sebenarnya aku bela hantu untuk cari keuntungan. Aku dapatkan idea dari anak hantu sebab syarikat aku bankrup sebelum ni" Kata Roi setelah semuanya kembali tenang.
"Maaf kan aku Hakim, Jef, Aku rasiakan semua ni. AKu insaf." Roi menyambung.
"Roi, dengar nasihat aku ni. Buat perniagaan dengan cara betul lepas ni. Aku akan doakan yang terbaik untuk kau. Jangan kau buat lagi Roi." Nasihat Hakim. Roi menganguk tanda faham. Selepas peristiwa itu, Roi tidak lagi berjaya dan tidak lagi mendapat keuntungan seperti dahulu. AKu pula gagal dalam perniagaan aku tanpa nasihat bernas dari Roi. Mungkin juga aku tidak sesuai dalam perniagaan. Aku fikir mungkin sampai masanya untuk aku berundur dari perniagaan dan teruskan dengan pekerjaan yang aku suka dan bukan menjanjikan kekayaan.

Atau mungkin aku boleh bela anak hantu.... Gurau gurau.

Comments

Popular Posts