Memori Ngeri: Kisah Datin X

Siapa yang tak nak bekerja keras? Dengan ekonomi yang tidak bagus, memang susah kalau tak ambil 2 kerja.

Aku Rosli, seorang pemandu Grab. Part time je lah. Aku selalu memandu Grab hujung minggu. Maklumlah masih bujang, boleh fokus dekat kerja sikit. Selalu aku suka memandu waktu malam sebab jalan kurang sesak dan tenang pun tenang. Tempat yang aku pandu selalunya di KL, Damansara, PJ, kadang kala Puchong. tapi KL lah selalu tempat aku memandu. Tengah Malam pun masih happy lagi di bandar tu. Tambah-tambah lagi kat beberapa tempat ni yang selalu ada orang clubbing. 

Ada beberapa kali aku bawak orang Mabuk balik rumah. Selalunya mereka ni tak teruk seperti yang digambarkan, mabuk sampai tak sedarkan diri, muntah dan sebagainya. Cuma ada satu kisah ni yang tak dapat aku lupakan. Aku hantar seorang gadis muda belasan tahun yang bernama Sheron untuk pulang ke rumahnya di Daman Sara.

Aku masih ingat hari tu hari Sabtu. Sebuk sangat suasana di bandar KL area Bukit Bintang tu. Ramai orang yang berpesta dan bersuka ria dan ada yang bermain muzik di tepi jalan. Malangnya, business aku tak berapa bagus. Ramainya orang di sana tapi punya aku pusing dan tunggu, aku tak terima apa-apa pelangan. Seakan-akan mereka masih belum mahu balik rumah. Lebih kurang pukul 3 pagi dengan hati yang penat dan tak ada businessnya, aku pun patah balik menuju ke arah Damansara. Waktu ni lah aku terima satu booking. Booking ni datang dari seorang yang bernama Datin X. Nama memang pelik tetapi aku tak fikir banyak. Yang aku tahu, finally aku dapat rezeki malam ni.

Bila aku sampai ke destinasi untuk ambil Datin X, aku tunggu agak lama, dalam 4 minutes macam tu. Aku pun dah hilang sabar, dan aku pun nak call Datin X, dan tiba-tiba waktu tu lah ada suara dari passenger seat,

"Boleh Jalan ke bang?"

Suara tu buat aku terkejut seketika. Aku pun menoleh ke belakang dan aku nampak seorang gadis Melayu yang sangat muda. Tak macam Mak Datin pun. Tapi siapa lah tahu dia ni kahwin dengan Datuk muda. Yang buat aku hairan, aku tak perasan bila dia masuk ke dalam kereta aku. Aku tak fikir banyak jadi aku cuma set GPS aku dan bawak Mak Datin muda ni balik rumah dia. Sebab datin ni pun tak berepa friendly sangat, jadi aku pun mintak izin dia untuk bukak radio. Datin tak jawab apa pun. Ada juga rasa geram sebab Datin ni seakan akan sangat angkuh dan pandang rendah kat aku yang tak seberapa ni. Tapi aku sabar je, sebab apa yang aku nak cuma duit dia...

Lepas aku jalan dalam 30 minit macam tu, GPS aku pun hilang fungsi. dan aku pun hilang arah.

"Abang punya GPS tak fungsi ke? Datin tu tiba tiba soal aku. Suaranya lemah lembut dan sopan sahaja.

"Ye," Aku jawab simple. Mungkin aku yang bersangka buruk ke atas datin ni. Dia tak macam datin yang tak bertimbang rasa... At least ini yang apa aku rasa waktu tu.

Seterusnya, datin tu pun memberi arahan kepada aku dan aku pun ikut sahaja cakap dia. Tapi semakin lama, aku berasa semakin pelik. Jalan yang datin ni bawak pergi ke tempat yang terpencil dan pelik. Kiri dan kanan aku semua rumah yang lama dan kilang yang lama. Seakan-akan rumah setingan yang tidak diperdulikan orang. Walaupun datin ni gadis muda, aku rasa penik dan tak dapat fikir secara waras. Aku mula berfikir yang bukan bukan.

"Em, Boleh saya tanya, you yakin ke ni jalan dia" Aku cuba berlagak profesional. Jantung aku sebenarnya dah berdegup kencang, membayangkan perkara yang paling buruk yang akan berlaku.
"Jangan risau, ni short cut. Depan tu you pusing kanan, you akan nampak banglo I. I tinggal di situ.".  Aku pun ikut sahaja dan memang kata dia tu benar. Aku berasa lega bila lihat banglo tu ada lampu terang dan nampak ada beberapa buah kereta mewah di sana.

Bila aku sampai ke depan rumah banglo tu, aku pun memberhentikan kereta, dan aku pun pergi ke grab app aku untuk tandakan tugas aku sebagai complete. Tapi aku terkejut beruk apabila aku lihat yang grab app aku tak berfungsi dan aku seakan akan tak pernah mengambil pelangan Datin X.  Aku pandang pada signal internet aku dan apa yang aku dapat lihat ialah tiada internet access. Barang kali itulah sebabnya. Aku pun tanya datin tu untuk kongsikan Hot Spot dia, tapi Datin X tak menjawab. Aku memandang ke cermin hadapan kereta dan terkejut besar aku di buat nya apabila melihat yang duduk di belakang kereta aku tu bukan gadis muda tetapi seorang wanita yang terbeliak matanya. Biji mattanya seakan akan terkeluar dari kepalanya kerana kelopak matanya telah pun koyak dan berdarah.

Aku dah rasa gelabah dan macam nak pecut sahaja dari kereta aku. Aku dapat rasa dia menghampiri diriku dan tiba-tiba aku seakan akan dikuasai rasa seram yang tidak dapat digambarkan. Tuhan sahaja yang tahu bertapa takutnya aku rasa. Aku hendak bergerak, tetapi badan aku kaku dan keras. Seakan-akan tidak berdaya untuk bergerak lagi. Dan pada saat itu, aku dapat merasakan rambut panjangnya menyentuh bahu ku dan bibirnya menghampiri telinga ku.

"Terima kasih Abang" Suara bisikan yang seram jelas didengari, dan diterusikan dengan tawa yang sangat nyaring. Aku seakan akan mahu hilang akal pada saat itu. Tangan ku berpeluh sejuk dan aku benar-benar dikuasai rasa takut yang tidak terhingga.

Aku cuba bertenang dan mula membaca ayat ayat suci yang dapat aku ingat pada saat itu. Barang kali hantu datin X ni tak beberapa suka, dan aku dapat rasa kereta aku digoyangnya dengan kuat, seakan-akan mahu diterbalikkan kereta aku ni. Tapi aku terus membaca ayat-ayat suci dan akhirnya kereta aku tidak lagi digoyangnya. Dengan sepantas kilat, aku menekan minyak kereta dan cuba keluar dari tempat tu. Mujurlah aku ingat semua tempat yang aku lalu tadi dan cepat-cepat aku pecut ke tempat yang lebih terang dan banyak kereta. Sambil memecut, aku melihat pada cermin kereta untuk memastikan yang Datin tu tak ada lagi dalam kereta aku. Pendik cerita, aku selamat keluar dari tempat tu. Aku rasa kalau waktu tu orang ajak aku lumba pecut, aku memang akan menang

Setelah aku berasa selamat, aku berhenti di tepi jalan dan berehat seketika. Jantung aku masih berdegup laju dan masih jelas dalam kepala aku wajah dan pengalaman yang sangat mengerikan itu. Sedar tidak sedar, telefon aku dah ada internet balik, dan aku pun mahu buka balik Grab App, maklumlah nak semak balik pasal Datin X. Tapi aku tak dapat lihat apa-apa Datin X pada skrin booking aku. Seakan-akan Datin X ini tak pernah wujud. Yang pasti, pengalaman itu sangat real. Dan lepas dari hari tu, aku tak bawa kereta waktu malam dah...











tanya Datin X untuk tunjukkan jalan. Mula-mula aku akan fikir yang Datin berlagak tu akan tenking aku, tapi dia jawab dengan sopan. pertuturannya lemah lembut dan arahannya jelas dan memudahkan aku untuk membawanya ke destinasi yang ingin dia pergi.

Comments

Popular Posts